Sumbangan PKS naik 38.9 peratus - Utusan Malaysia

Sumbangan PKS naik 38.9 peratus

KDNK PKS mengatasi pertumbuhan KDNK negara apabila berkembang 5.8 peratus tahun lalu berbanding 6.2 peratus pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merekodkan peningkatan sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kepada 38.9 peratus pada 2019 berbanding 38.3 peratus pada tahun sebelumnya. 

Pada masa sama, KDNK PKS mengatasi pertumbuhan KDNK negara apabila berkembang 5.8 peratus tahun lalu berbanding 6.2 peratus pada 2018 dengan KDNK Malaysia dan sektor bukan PKS masing-masing hanya mencatatkan 4.3 dan 3.4 peratus tahun lalu. 

Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahiddin berkata, momentum pertumbuhan dipacu oleh perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman di samping penginapan yang berkembang pada kadar 7.6 peratus. 

Nilai ditambah PKS bagi sektor perkhidmatan pula kata Mohd. Uzir, mencatatkan pertumbuhan 7.4 peratus berbanding 8.1 peratus pada 2018. 

Katanya, subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan pula melonjak 7.7 peratus dalam tempoh sama. 

“Produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka serta subsektor makanan, minuman dan tembakau telah merekodkan pertumbuhan perlahan pada kadar 4.9 dan 3.2 peratus. 

“Untuk tempoh sama, sektor pembuatan telah mencatatkan nilai ditambah PKS pada kadar sederhana kepada 4.5 peratus diterajui produk petroleum, kimia, getah dan plastik dengan pertumbuhan 4.3 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Mohd. Uzir, eksport PKS sektor pembuatan menyumbang sebanyak 48 peratus dan disokong oleh pelbagai barang keluaran kilang, makanan, bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan dan barang-barang keluaran kilang. 

Beliau berkata, secara keseluruhan eksport PKS mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus kepada RM176.3 bilion didorong oleh sektor perkhidmatan berjumlah 3.5 peratus dan pembuatan sebanyak 2.0 peratus. 

“Namun, eksport PKS bagi sektor pertanian tahun lalu merosot 9.8 peratus kepada RM2.3 bilion disebabkan penurunan dalam eksport PKS sayur-sayuran, perikanan, ayam, pisang dan buah-buahan tropika lain,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya