SME Bank lulus RM503.04 juta - Utusan Malaysia

SME Bank lulus RM503.04 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 940 permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) berjumlah sehingga RM503.04 juta diluluskan SME Bank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, selain SRF, setakat 28 Julai 2020, SME Bank turut memproses sebanyak 15 permohonan AgroMakanan (AF) bernilai RM7.83 juta.

Katanya, SME Bank juga memperuntukkan dana sebanyak RM1.6 bilion untuk Skim SME Go dan RM500 juta bagi Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF).

“Ini merupakan antara dana-dana yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu usahawan yang terjejas akibat krisis Covid-19 di samping Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) dan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) yang turut ditawarkan oleh SME Bank,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), SME Bank telah diberi kepercayaan untuk menguruskan dua dana penting dalam usaha menyokong kelangsungan perniagaan PKS terutama dari sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan selepas krisis Covid-19 berakhir.

Beliau berkata, impak daripada program transformasi digital yang dilaksanakan membolehkan SME Bank meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan dengan mengurangkan proses berulang serta memanfaatkan pendigitalan sebagai penyelesaian pembiayaan.

“Langkah ini dapat membantu pihak bank dalam memendekkan proses permohonan terutama sewaktu krisis Covid-19 yang mana usahawan PKS memerlukan bantuan kewangan dengan pantas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya