Santharuban terajui Advend - Utusan Malaysia

Santharuban terajui Advend

S. Santharuban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia, Etika Holdings (Etika) melantik Ketua Pegawai Eksekutif, S. Santharuban me­nerajui Kumpulan Syarikat ­Advend yang baharu.

Dengan pelantikan itu, beliau bertanggungjawab memperluaskan sistem Advend, mengembangkan strategi pemasaran bagi layan diri dan runcit tanpa sentuh kepada pengguna di Malaysia dan Singapura.

Dengan pengalaman pemasaran dan komersial selama hampir dua dekad, beliau juga telah melancarkan beberapa jenama baharu dan kempen pemasaran yang berkesan.

Menurut Santharuban, ketika ini hampir sebahagian besar pelanggan agak sibuk dengan era teknologi di hujung jari dan perniagaan berasaskan mesin jualan automatik yang dilihat mempunyai potensi tinggi dan kemampuan untuk memba­ngunkan teknologi baharu dalam pembayaran selain menawarkan pengalaman pembe­lian tanpa tunai.

“Dalam masa terdekat, Advend akan memperluas penawaran pembayaran tan­pa tunai dan me­ning­katkan keupayaan urus niaga dalam membuat keputusan yang lebih baik.

“Syarikat akan ­sen­­­tiasa ber­­usaha menawarkan cara yang lebih mu­­dah dan berpa­tutan ke­pada para penggunanya untuk membeli produk yang sedap, disajikan sejuk dan dihasilkan sebaik mungkin,” katanya dalam ke­nyataan sema­lam.

Advend Systems Pte Ltd, me­rupakan perniagaan layan diri yang berpusat di Singapura pada Disember lalu merupakan langkah strategik syarikat itu dalam menawarkan lebih banyak pilihan minuman dan makanan kepada pengguna mereka.

Advend menyediakan produk di lokasi yang mudah untuk pengguna membeli minuman dan makanan ringan ke­ge­maran mereka melalui be­berapa pembaya­ran seperti e-dompet, wang tu­nai, kad kre­­dit dan pemba­ya­ran tanpa sentuh lain.

Perniagaan pengedaran layan diri merupakan saluran baharu yang diperluas oleh Advend merang­­kumi perkhidmatan ­e-dagang dan perkongsian inovatif.

Etika kini menjadi penyedia layan diri terbesar di Malaysia dan Singapura dengan per­khidmatan minuman panas dan sejuk seperti kopi, minuman dalam tin dan botol serta makanan ringan seperti mi cawan.

Syarikat kini mempu­nyai 10,000 mesin di seluruh Malaysia dan Singapura dan berkembang untuk meningkatkan perkhidmatan layan diri di beberapa kawasan dan lokasi yang strategik,” katanya dalam ke­nyataan semalam.

Di bawah kepimpinan Santharuban, Etika telah mencapai sasaran malah menerima lebih 200 penghargaan dan pengiktirafan bagi produk yang dilancarkan dan kempen.

Beliau akan membawa jenama tersebut untuk memperkukuhkan lagi jenama syarikat di Malaysia dan Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya