KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd. melantik Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Samsudin Osman sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta-merta.
Menurut syarikat tersebut, ia adalah susulan pelantikannya sebelum ini sebagai Pemangku Pengerusi Kumpulan pada Jun 2020.
Samsudin, 73, adalah pengarah penama Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan ahli lembaga pengarah SDB sejak Disember 2008.
Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara dari 2001 hingga 2006 dan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 13 tahun sehingga persaraannya pada awal tahun ini.