Saham Top Glove susut 1.91 peratus - Utusan Malaysia

Saham Top Glove susut 1.91 peratus

BURSA akan terus terlibat secara aktif dan membangunkan produk patuh syariah baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Saham Top Glove Corp. Bhd. susut sebanyak 1.91 peratus kepada RM25.62 pada pukul 12.08 tengah hari dengan 15.43 juta saham diniagakan selepas ditutup tinggi pada harga RM26.12 dalam dagangan semalam. 

Dalam sesi dagangan pagi ini, saham Top Glove dibuka tinggi dengan naik 0.15 peratus atau RM26.16 sebelum mula mencatatkan turun naik. 

Saham kaunter pasaran sarung tangan turut menjadi pilihan pelabur disebabkan ketiadaan vaksin dan kegagalan dunia mengawal penularan pandemik Covid-19. 

Top Glove yang dilihat akan mengatasi Maybank sebagai syarikat paling besar berdasarkan modal pasaran selagi Covid-19 belum dapat dikekang ketika ini mempunyai nilai berjumlah RM66.62 bilion pada harga RM25.62. 

Saham pesaingnya dalam sektor sarung tangan iaitu Hartalega Holdings Bhd. juga sedikit susut tengah hari ini pada kadar sama semasa ditutup dalam sesi dagangan semalam iaitu RM17.58 selepas mencatatkan peningkatan 2.12 peratus kepada RM17.96 ketika dibuka pagi tadi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya