Ringgit menunjukkan momentum positif - Utusan Malaysia

Ringgit menunjukkan momentum positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positif pagi ini untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia didorong oleh sentimen risiko yang kian baik terhadap perkembangan vaksin COVID-19 dan harga minyak yang agak stabil di pasaran.

Pada pukul 8 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2550/2600 berbanding dolar AS pada 4.2600/2650 ketika ditutup semalam.

Menurut Bernama yang memetik satu laporan, hasil percubaan awal menunjukkan vaksin koronovirus yang dibangunkan oleh University of Oxford dan AstraZeneca selamat dan memberikan tindak balas imun.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, meskipun jualan runcit di China lambat meningkat, itu boleh berubah dengan Beijing menurunkan tahap amaran mobiliti COVID-19, yang boleh membantu eksport pembuatan Malaysia ke China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya