KUALA LUMPUR: Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kedua terbesar negara susut 2.1 peratus berbanding 1.4 peratus bagi tahun sebelumnya.
Ini disebabkan perolehan aset tetap yang lebih perlahan bagi sektor pembuatan, perlombongan dan pengkuarian.
Sektor perkhidmatan dan pertanian pula mencatat pertumbuhan positif.
PMTK menyumbang 23.1 peratus daripada keseluruhan ekonomi negara.
Pada 2019, pelaburan Malaysia yang diukur menerusi PMTK pada harga semasa merekodkan RM346.8 bilion, pengurangan sebanyak RM3.5 bilion pada 2018 dan PMTK pada harga malar berjumlah RM328.4 bilion.