Perbelanjaan infrastruktur pastikan negara berdaya saing - Utusan Malaysia

Perbelanjaan infrastruktur pastikan negara berdaya saing

Mustapa Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memastikan negara terus berkembang, perbelanjaan infrastruktur penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam rantau ini. 

Pandangan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut menegaskan, keseimbangan antara pembinaan kemudahan baharu dengan yang berkesan perlu dilakukan kerajaan untuk memperoleh keuntungan lebih besar. 

Beliau berkata, usaha tersebut termasuk beberapa projek memberi impak tinggi seperti projek Transit Aliran Massa Laluan Kedua (MRT2), Transit Aliran Ringan Laluan Ketiga (LRT3), Lebuh Raya Pan Borneo, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Sistem Transit Pantas (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. 

Pada masa sama, kata Mustapa, kerajaan juga akan berhubung dengan Singapura bagi menghidupkan kembali projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dijangka menelan kos bernilai RM68 bilion. 

“Sistem pengangkutan yang cekap, penyambungan baik dan logistik yang bertambah baik adalah penting untuk fasa pembangunan seterusnya. Perancangan pengangkutan lebih baik dan peningkatan koordinasi antara agensi terlibat dalam sektor infrastruktur juga perlu diteliti. 

“Sebagai sebuah negara perdagangan, sistem penyambungan lebih baik dengan seluruh dunia amat penting untuk daya saing dan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan. 

“Sehubungan itu, pelaksanaan kesemua projek infrastruktur berimpak tinggi itu akan meningkatkan hubungan lebih ketara dalam negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Invest Malaysia 2020-Virtual Series 2 di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya