Pelan transformasi tiga tahun Boustead - Utusan Malaysia

Pelan transformasi tiga tahun Boustead

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd. telah melancarkan pelan transformasi bagi memacu perkembangan kumpulan itu untuk tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian strategi memperkukuh prospek dan membuka nilai. 

Dalam kenyataan hari ini, konglomerat itu berkata, pelan transformasi berkenaan dilancarkan berdasarkan kepada tiga tonggak utama iaitu perkembangan, kecekapan dan kecemerlangan yang diyakini mampu menjadi landasan ke arah menjadi organisasi berprestasi tinggi serta lestari. 

Dikenali sebagai EDGƎ 20, pelan tersebut merangkumi 20 inisiatif transformasi bagi mencapai aspirasi kumpulan, tertumpu kepada pendanaan, struktur, operasi dan tadbir urus. 

Pengerusi Boustead, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fasa pertama pelan transformasi bermatlamat untuk menstruktur semula Boustead dan anak-anak syarikatnya dalam usaha mengoptimumkan nilai. 

“Ini membolehkan kami untuk kekal berdaya tahan menghadapi cabaran pada masa akan datang. Setakat ini, kami telah melihat kemajuan dalam meningkatkan tadbir urus dan kepakaran menerusi kehadiran Ahli Lembaga Pengarah yang baharu. 

“Kami juga telah menubuhkan Pejabat Transformasi Kumpulan bagi memacu usaha transformasi merangkumi keseluruhan kumpulan selain menyediakan input strategik kepada unit perniagaan kami,” katanya. 

Menurut Mohamed Khaled, dengan adanya pelan tersebut, Boustead yakin dapat menempuhi tempoh mencabar dan muncul sebagai organisasi lebih kukuh serta berdaya tahan. 

“Kami berdedikasi untuk mengangkat kepercayaan pihak berkepentingan dan ia adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk mencipta nilai lebih besar.

“Ini membolehkan kami memberi pulangan konsisten dan berterusan kepada pemegang saham terutama pemegang saham majoriti iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekali gus memberi impak positif kepada pesara Angkatan Tentera,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya