KUALA LUMPUR: Pengimport tunggal dan pengedar Mercedes-Benz diimport sepenuhnya (CBU) di negara ini, NZ Wheels Sdn. Bhd. (NZ Wheels) mempersembahkan empat model terbaharu Mercedes-Benz di NZ Wheels Bangsar Autohaus, baru-baru ini.
Empat model Mercedes-AMG tersebut adalah A35S 4MATIC Edisi 1, A45S 4MATIC+ Edisi 1 dan CLA 45S 4MATIC+ dalam Majlis AMG Private Viewing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group (AMG), Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, pihaknya menganjurkan AMG Private Viewing untuk menghargai pelanggan dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka terhadap NZ Wheels dan jenama Mercedes-Benz.
“Aspirasi kami adalah untuk memenuhi impian peminat jenama ini. Oleh itu, NZ Wheels komited untuk menawarkan produk yang terbaik kepada pelanggan setia kami,” katanya dalam kenyataan.
NZ Wheels turut meraikan penjualan Mercedes-Benz A45 AMG Edisi 1 keluaran pertamanya kepada pelanggan bertuah, Peter Leong.
“Semua NZ Wheels Autohauses mematuhi langkah-langkah keselamatan di bawah inisiatif Mercedes-Benz.
“Pelanggan juga boleh membuat janji temu secara dalam talian bagi pandu uji kereta keluaran baharu kami,” katanya.