MR DIY rai pelanggan hujung minggu ini - Utusan Malaysia

MR DIY rai pelanggan hujung minggu ini

ANDY CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruncit perkakasan rumah, MR. DIY membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara hujung minggu ini. 

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., Andy Chin berkata, bagi meraikan pembukaan cawangan itu, pihaknya menawarkan pelbagai pilihan produk yang memberikan nilai untuk wang pengguna pada harga yang sentiasa rendah.

Katanya, langkah itu amat bertepatan kerana dalam tempoh sukar akibat pandemik Covid-19, orang ramai berusaha memanfaatkan sepenuhnya nilai wang.

“Bagi acara Pembukaan Rasmi cawangan-cawangan kami pada hujung minggu ini, kami juga menyediakan lebih daripada 30,000 hadiah percuma bernilai RM800,000, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pelanggan di Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh menyertai sambutan Pembukaan Rasmi cawangan baharu MR DIY mulai 24 hingga 25 Julai, manakala pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak dari 25 hingga 26 Julai.

Mereka boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sambutan pembukaan dengan membuat pembelian minimum RM30 dalam satu transaksi untuk mendapatkan hadiah percuma seperti payung, bantal dan cawan (boleh didapati di cawangan terpilih) dan terhad kepada 500 penebusan sehari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya