M&G jual 40% saham kepada Muhibbah - Utusan Malaysia

M&G jual 40% saham kepada Muhibbah

FBM KLCI ditutup lebih kukuh pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Marine & Ge­neral Berhad (M&G) menjual 40 peratus sahamnya melalui anak syarikat milik penuh M&G Sutera 8 Sdn. Bhd. (MGS8) kepada Muhibbah Engineering (M) Bhd. (Muhibbah) dengan harga RM21.84 juta.

Penjualan ini untuk menyelesaikan jumlah tunggakan kepada Muhibbah bagi pembinaan kapal tangki kimia, JM Sutera 8 (JMS8).

Dalam makluman di Bursa Malaysia semalam, M&G me­nyatakan anak syarikat milik penuh M&G, Marine Logistics Holdings Sdn. Bhd. (Marine Logistics) telah menandatanga­ni perjanjian langganan dengan Muhibbah bagi penjualan itu.

Setelah menyelesaikan perjanjian tersebut, M&G masih memiliki kepentingan ekuiti 60 peratus dalam MGS8 yang terlibat dalam pengangkutan barang ke luar negeri dan perairan pesisir serta aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan ­pe­ngangkutan air.

“Berdasarkan pelupusan itu, jumlah tertunggak akan diselesaikan dengan menggunakan saham langganan dan saham pilihan Muhibbah yang secara signifikan akan mengurangkan penggunaan dana M&G sebagai perbelanjaan modal untuk JMS8.

“Oleh itu, syarikat berhak menggunakan dana dalaman untuk pengembangan armada pada masa depan atau mewujudkan peluang perniagaan lain,” katanya.

M&G berkata, dengan menjadikan Muhibbah sebahagian daripada MGS8 sebagai peme­gang saham akan memboleh­kan syarikat memperoleh rakan niaga dengan kepakaran yang ada sebagai penyedia penyelesaian bersepadu bagi projek maritim dan minyak dan gas.

Pada 19 April 2018, Marine Logistics menandatangani kontrak dengan Muhibbah Marine Engineering Sdn. Bhd. untuk membina kapal tangki kimia seberat 7,000 deadweight tonnage (DWT) dengan harga RM54. 6 juta.

Kemudian, M&G membayar sebahagian daripada jumlah tertunggak berjumlah RM32.76 juta kepada Muhibbah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN