Maxis catat untung bersih RM338 juta bagi suku kedua 2020 - Utusan Malaysia

Maxis catat untung bersih RM338 juta bagi suku kedua 2020

Gokhan Ogut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maxis Berhad (Maxis) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM338 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun lalu menurun 13.6 peratus berbanding RM391 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

Pendapatan bagi suku kedua pula RM2.15 bilion, didorong oleh pertumbuhan yang kuat di segmen pascabayar dan serat, berbanding dengan RM2.21 bilion tahun sebelumnya.

Untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun, Maxis mencatatkan keuntungan bersih RM701 juta berbanding RM806 juta tahun sebelumnya, berdasarkan pendapatan RM4.49 bilion berbanding RM4.44 bilion sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut dalam satu kenyataan berkata, syarikatnya mencatatkan prestasi suku kedua yang kukuh walaupun dalam persekitaran mencabar. 

“Kami terus menerajui pasaran mudah alih dan menyampaikan pertumbuhan yang konsisten dalam penyelesaian konvergen kami untuk individu, kediaman dan perniagaan.

“Maxis yakin dapat memainkan peranan penting sebagai pemangkin digitalisasi bagi pengguna dan perniagaan yang sejajar dengan jenama kami yang diberikan nafas baharu yang membawa tujuan terus menerajui,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya