Kredit RM50 ePenjana mulai hari ini - Utusan Malaysia

Kredit RM50 ePenjana mulai hari ini

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan pelancaran program kredit ePenjana iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) bernilai RM750 juta, bertujuan membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Di bawah program ini, setiap pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePenjana mulai 31 Julai 2020.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.

Katanya, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera.

Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet tersebut, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang RM100,000 setahun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Tengku Zafrul, pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah dari 31 Julai hingga 24 September ini manakala tarikh akhir penggunaan ePenjana adalah 30 September.

Pemohon disaran memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-Dompet yang berkenaan.

Mereka juga perlu mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePenjana yang lancar di kedai-kedai mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya