Kitaran ekonomi terjejas - Utusan Malaysia

Kitaran ekonomi terjejas

Sekiranya kitaran ekonomi terjejas, bank tidak mampu memberi fasiliti kewangan kepada pihak yang memerlukan. – UTUSAN/ FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika kerajaan buat keputusan lanjut moratorium

UALA LUMPUR: Pelaksanaan moratorium pembiayaan selama enam bulan sejak April lalu sememangnya membantu me­ringankan beban dihadapi pe­minjam yang terkesan dengan penularan pandemik Co­vid-19.

Situasi ekonomi yang masih mencabar disebabkan ketiadaan vaksin menghentikan virus itu di samping kebimbangan ber­­lakunya gelombang kedua membuatkan banyak pihak me­rasakan keperluan supaya kerajaan melanjutkan lagi tempoh mo­ratorium.

Perkara itu bukan sahaja menarik minat penganalisis ekonomi, bahkan pemain industri ter­masuk Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) turut memohon supaya tempoh moratorium dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Mac 2021.

Beberapa kenyataan daripada industri kewangan pula seolah-olah memberi bayangan bahawa moratorium akan ditamatkan Sep­tember ini dan digantikan dengan bantuan secara bersasar atau penstrukturan semula ­pinjaman.

Kenyataan Menteri Ke­wangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pertanyaan menteri Sidang Parlimen kelmarin bahawa beberapa pendekatan termasuk memanjangkan tempoh bayaran atau mengubah terma dan syarat sekali gus mengurangkan kadar faedah bagi menggantikan moratorium masih dalam peringkat perbincangan.

Walau bagaimanapun, ­Pengarah Eksekutif Persatuan Institusi Perbankan dan Ke­wangan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha’erah Kamaludin menjangkakan kitaran ekonomi akan terjejas sekiranya moratorium dilanjutkan untuk jangka masa panjang.

Sekiranya kitaran ekonomi ter­jejas, kata beliau, perkara yang perlu dielakkan adalah bank tidak mampu mem­beri fasiliti kewangan kepada pihak yang memerlukan.

“Pada masa sama, pulangan untuk pendeposit juga akan terkesan dalam kitaran tersebut.

“Ini kesan kalau tidak dibuat dengan berhati-hati. Apa juga pendekatan yang diambil perlu menguntungkan semua pihak ke­rana bank dan pelanggan sa­ling memerlukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam laporan akhbar ini semalam, penganalisis ekonomi berpandangan moratorium ma­sih menjadi pilihan terbaik dan perlu dilanjutkan untuk tempoh enam bulan akan datang sehingga suku pertama 2021, namun secara bersasar kepada golo­ngan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Berbanding beberapa kaedah lain, lanjutan moratorium bukan sahaja dilihat bakal memberi situasi menang-menang kepada institusi kewangan dan rakyat tetapi juga melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Menurut Ratna Sha’erah, se­ki­ranya moratorium tidak dilanjutkan, kaedah terbaik yang boleh dilakukan untuk terus meringankan beban peminjam termasuk menawarkan bantuan bayaran balik bagi kumpulan sasar.

“Itulah tujuannya (bantuan bayaran balik). Namun begitu, sebelum pihak bank boleh menawarkannya, ­institusi kewangan itu perlu menilai kedudukan kewangan supaya pelanggan tidak terbeban.

“Sebab itu penting bagi pihak yang terkesan supaya menghubungi bank dan memulakan perbincangan sehingga mencapai ­penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

“Ini bukan masalah berminat atau tidak (lan­jutkan moratorium). Kita perlu mempunyai satu strategi lestari su­paya individu atau perniagaan yang ter­kesan men­dapat bantuan sepatutnya,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN