Kerjasama TM dan MDEC penuhi aspirasi digital - Utusan Malaysia

Kerjasama TM dan MDEC penuhi aspirasi digital

TM dalam reaksinya menjelaskan, pihaknya hanya penyewa dan bukan pemilik menara yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Research & Development (TM R&D) dilantik sebagai Rakan Teknologi Data bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia  (MDEC) di bawah Program Usaha Sama Teknologi Data. 

Dengan pelantikan tersebut, TM R&D akan menyumbang kepakarannya bagi mempercepat penerimaan teknologi data dan membangunkan Perusahaan Keputusan Berdasarkan Data (DDD), memudahkan pembangunan bakat dan kolaborasi antara industri dengan akademik sekali gus menyumbang kepada pembinaan ekosistem teknologi data yang aktif. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, sebagai Rakan Teknologi Data kepada MDEC, TM R&D akan berkongsi kes-kes kajian berkaitan teknologi data bersama MDEC bagi mewujudkan minat dalam kalangan perusahaan perniagaan untuk menerima teknologi data ini. 

“Kami sentiasa meneroka peluang-peluang dan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan strategik untuk merealisasikan aspirasi ini bagi memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup lebih digital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D, Dr. Sharlene Thiagarajah berkata, pihaknya akan terus meningkatkan usaha untuk turut serta dalam inisiatif transformasi digital bagi menyokong aspirasi kerajaan ke arah memacu ekonomi digital.

“Pelantikan ini membolehkan kami berganding bahu dengan MDEC dan perusahaan dalam pelbagai aktiviti kerjasama dengan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan teras masing-masing bagi mempercepatkan penerimaan teknologi data dalam kalangan perniagaan ke arah memacu ekonomi digital Malaysia,” katanya.  

Setakat ini, TM R&D telah menghasilkan lebih daripada 2,800 Hak Harta Intelek (IPR) dan 1,400 aset-aset digital.

Inovasi-inovasi TM R&D, kesemuanya dibangunkan secara dalaman meliputi pelbagai vertikal, seperti peruncitan, logistik, pertanian, penjagaan kesihatan dan pendidikan dengan keselamatan dan produktiviti menjadi keutamaan penting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya