Kerajaan laksana inisiatif #MyMudah - Utusan Malaysia

Kerajaan laksana inisiatif #MyMudah

Mustapa Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan inisiatif ‘MalaysiaMudah’ atau dikenali #MyMudah) bagi membantu syarikat dan perniagaan daripada dibebani peraturan tidak perlu dan kerenah birokrasi. 

Langkah ini juga dapat mengurangkan kos perniagaan selain merangsang pewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed,  pemilik syarikat dan perniagaan terbabit boleh mengemukakan beban peraturan dan birokrasi yang mereka hadapi melalui Portal Konsultasi Awam Atas Talian selain pelbagai sesi libat urus yang dilaksanakan oleh Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

“Beban yang dibangkitkan akan dianalisis oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), seterusnya dibawa ke Mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum keputusan dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius hal ini, justeru mengarahkan EAC serta MPC melakukan intervensi dan bertindak sebagai badan penyelesai masalah dalam menanganinya. 

Perkara ini diputuskan dalam mesyuara tEAC yang dipengerusikan beliau semalam. 

Keputusan yang dibuat di Mesyuarat EAC akan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan negeri terbabit. 

Melalui inisiatif ini, kementerian dan kerajaan negeri dapat mengurangkan peraturan tidak perlu serta meningkatkan kecekapan fungsi dan operasi. 

Selain itu, kementerian dan kerajaan negeri juga diminta untuk menetapkan sasaran yang jelas dalam usaha mengurangkan kos pematuhan peraturan (termasuk jumlah prosedur dan jangka masa pemprosesan) yang dikenakan kepada syarikat dan perniagaan. 

Pemudah akan memantau prestasi setiap kementerian dan kerajaan negeri dan membuat laporan berkala kepada Majlis Tindakan Ekonomi. 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui MPC juga akan memberi panduan dan khidmat nasihat kepada semua kementerian dan kerajaan negeri dalam pelaksanaan inisiatif ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya