Jualan asing melonjak RM905.9 juta minggu lalu - Utusan Malaysia

Jualan asing melonjak RM905.9 juta minggu lalu

FBM KLCI ditutup lebih kukuh pada 1504.10 pada pukul 5 petang semalam.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur antarabangsa di Bursa Malaysia melonjak kepada RM905.9 juta minggu lalu berbanding RM270 juta pada minggu sebelumnya. 

Dalam laporan aliran dana mingguannya, MIDF Research berkata, itu adalah minggu ke-22 berturut-turut penjualan bersih saham asing.

“Pelabur asing telah menjual bersih RM17.8 bilion saham di Bursa Malaysia. Berbanding enam pasaran Asia lain yang dijejaki, negara masih lagi pada tahap aliran keluar bersih asing keempat terkecil setakat tahun ini,” katanya.

Menurut laporan itu, trend pasaran tempatan bertentangan dengan aliran keluar bersih asing yang berlaku setiap hari minggu lalu.

“Ketika pasaran dibuka semula Isnin minggu lalu, pelabur asing menjual RM77.1 juta bersih ekuiti tempatan yang merupakan aliran keluar asing terendah pada minggu ini.

“Pada Selasa, aliran keluar bersih asing meningkat menjadi RM220.2 juta selepas pengumuman kenaikan kadar pengangguran negara kepada 5.3 peratus pada Mei lalu berbanding lima peratus pada April yang menunjukkan kejatuhan ekonomi berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

MIDF Research juga berkata, pergerakan aliran keluar asing susut pada Rabu dan Khamis lalu, masing-masing pada kadar RM207.3 juta dan RM132.5 juta selepas ekonomi menunjukkan pemulihan positif.

“Bagaimanapun, pelabur asing tetap berada pada tahap risiko berikutan kes Covid-19 di seluruh dunia. Ia memperlihatkan hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin merosot dan penjualan runcit yang lebih lemah daripada jangkaan di China serta perintah menyekat kemasukan sarung tangan, Top Glove Corp. Berhad oleh pihak berkuasa kastam AS.

“Aliran keluar bersih asing tertinggi minggu ini pada nilai RM268.7 juta,” katanya.

Walaupun begitu, firma penyelidikan itu menyatakan Bursa Malaysia, FBM KLCI mencatatkan kenaikan tertinggi sejak 3 Jun lalu iaitu sekitar dua peratus kepada 1,596.3 mata pada hari sama.

“Berbanding tiga pasaran Asia Tenggara yang dijejaki minggu lalu, negara merekodkan aliran keluar bersih asing tertinggi manakala Thailand mencatatkan aliran keluar bersih asing terendah.

“Dari segi penyertaan, kumpulan runcit dan institusi mencatatkan kenaikan mingguan memperlihatkan purata nilai dagangan harian (ADTV) masing-masing sebanyak 21.7 dan 18.2 peratus sementara pelabur asing mengalami kenaikan paling rendah mingguan ADTV sebanyak 6.3 peratus untuk mencapai RM1.4 bilion berada pada tahap sihat RM1 bilion,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya