Imri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM baharu - Utusan Malaysia

Imri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan pelantikan Imri Mokhtar sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Pengerusi TM, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh berkata, pelantikan itu dibuat selepas Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Katanya, Noor Kamarul menyertai TM sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 13 Jun 2019 dan memainkan peranan penting dalam menerajui syarikat itu semasa Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP).

“Beliau berjaya mengekalkan TM sebagai salah satu penyedia perkhidmatan digital cemerlang di seluruh negara selain menjaga kebajikan kakitangan serta kestabilan kewangan sepanjang tempoh PKP.

“Bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga TM, kami mendoakan kejayaan Noor Kamarul pada masa akan datang dan berterima kasih atas sumbangannya selama 13 bulan bersama,” kata dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd. Bakke berkata, Imri mempunyai pengalaman luas dalam strategi dan operasi perniagaan serta pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi TM dan pemangku GCEO.

“Dengan kepimpinannya, Imri berada di kedudukan terbaik untuk menjadikan TM lebih kompetitif dan kukuh pada masa akan datang

“TM juga bersedia untuk menerajui Revolusi Industri 4.0 sebagai Penyedia Sambungan dan Infrastruktur Digital Nasional dan menjadi aspirasi kepada ekonomi digital Malaysia,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya