Kadar inflasi turun 1.9 peratus berbanding 2019 - Utusan Malaysia

Kadar inflasi turun 1.9 peratus berbanding 2019

KUALA LUMPUR, 17 JUN 2020 - Orang awam mula menjalankan kegiatan menghantar barangan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah tamat ketika tinjauan orang awam di sekitar Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi negara mengikut Indeks Harga Pengguna (IHP) turun 1.9 peratus pada Jun kepada 119.1 berbanding 121.4 pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan. 

Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, berkata, penurunan IHP keseluruhan ini telah didorong oleh penurunan indeks pengangkutan (14.3 peratus), perumahan, air,elektrik, gas dan bahan api lain (2.6 peratus), pakaian dan kasut (1.1 peratus) hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.2 peratus).

Penurunan IHP telah menyumbang 45.7 peratus daripada keseluruhan wajaran.

Walau bagaimanapun, ujar Mohd. Uzir, makanan dan minuman bukan alkohol terus meningkat pada Jun sebanyak 1.6 peratus kepada 134.9 berbanding 132.8 pada bulan sama tahun lalu.

“Kumpulan ini menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP. Pelbagai barangan dan perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 3.0 peratus diikuti komunikasi (1.6 peratus), kesihatan (1.1 peratus) dan pendidikan (0.8 peratus).

Sementara itu, IHP bagi suku tahun kedua 2020 menurun 2.6 peratus kepada 118.2 berbanding 121.3 pada suku tahun sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan pula, IHP mencatatkan penurunan tiga peratus berbanding suku tahun pertama 2020.

Indeks makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 1.6 peratus pada Jun berbanding tempoh masa sama tahun lalu didorong oleh kenaikan subkumpulan daging (5.7 peratus), keluaran makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (2.8 peratus) dan sayur-sayuran (2.1 peratus).

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah bawang kecil (29.6 peratus), bawang putih (27.5 peratus) dan bawang besar (25.1 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN