Honda BR-V baharu lebih maskulin - Utusan Malaysia

Honda BR-V baharu lebih maskulin

BR-V baharu mempunyai versatiliti dan keluasan yang dapat memenuhi keperluan keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reka bentuk luaran model versi baharu Honda BR-V kelihatan lebih maskulin dan lasak menyerlahkan lagi konsep rekaan Active-Solid Motion.

BR-V baharu ini diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikan­nya sebuah crossover yang diingini untuk setiap keluarga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, penambahbaikan imej sporty yang kelihatan di bahagian belakang dengan antena sirip dan bampar belakang dengan kemasan bampar rendah belakang membuatkan model ini tampak lebih lasak.

“Dari segi prestasi, BR-V baharu adalah model terbaik dengan kuasa enjin 1.5L SOHC i-VTEC digandingkan dengan kotak gear Continuous Varia­ble Transmission (CVT) dapat menghasilkan kuasa sebanyak 120PS, tertinggi dalam kelasnya.

“Pemilik BR-V baharu juga dapat merasai pemanduan yang mengujakan kerana model baharu ini turut dilengkapi de­ngan paddle shift,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ujar Toichi, BR-V baharu mempunyai versatiliti dan keluasan yang dapat memenuhi keperluan keluarga dengan tujuh tempat duduk.

“Konfigurasi fleksibel 60:40 Tilt & Tumble satu sentuhan di barisan kedua dan 50:50 Tilt & Full Tumble di barisan ketiga membolehkan pemilik memaksimumkan ruang untuk penumpang dan kargo mengikut ke­perluan.

“Ia juga mempunyai ruang belakang terbesar dalam segmen, iaitu seluas 223 liter apabila semua tempat duduk terpasang dan 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat,” katanya.

Tambahnya, penambahan ciri nilai tambah baharu ­seperti pembesar suara Tweeter, lampu kargo dan penapis kabin dapat meningkatkan tahap keselesaan BR-V baharu ini.

“Varian V dilengkapi paparan audio 7-inci untuk menambah keseronokan di dalam kabin. Tempat duduk juga dibalut kulit dengan kemasan merah yang dipadankan dengan rekaan tombol gear bebenang merah.

“Sementara itu, ia turut dilengkapi pendingin hawa automatik, butang penghidup enjin dan kemasukan pintar tanpa kunci adalah ciri standard pada Varian E,” katanya.

Toichi berkata, warna baharu iaitu ungu (Marine Purple Pearl) adalah yang pertama di rangkaian model untuk Honda Malaysia. Selain ungu, BR-V baharu ini turut menampilkan pilihan warna putih (White Orchid Pearl), kelabu (Model Steel Metallic), perak (Lunar Silver Metallic) dan merah (Passion Red Pearl).

Varian E ditawarkan pada harga RM86,726.00 manakala ­Varian V berharga RM93,420.27 dengan harga di atas jalan tanpa insurans.

Pelancaran BR-V baharu ini juga pengenalan kepada model Accord dan Civic baharu yang akan merangsang pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya