Hasil MGS 10 tahun terendah - Utusan Malaysia

Hasil MGS 10 tahun terendah

PEMULIHAN ekonomi negara tahun ini diunjur sedikit rendah berbanding unjuran terdahulu. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun telah mencatatkan rekod terendah pada kadar 2.63 peratus. 

Keputusan tersebut direkodkan selepas negara mengalami aliran tunai asing bersih tertinggi dalam tempoh enam tahun, Jun lalu. 

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laman webnya berkata, hasil dagangan bagi MGS 10 tahun yang matang pada Ogos 2029 jatuh satu mata untuk ditutup pada kadar 2.63 peratus. 

Malaysian Rating Corp. Bhd. dalam notanya hari ini berkata, bon asing negara juga berkembang sebanyak RM11.6 bilion kepada RM198.9 bilion di sebalik rekod aliran tunai asing bersih sejak Mei 2014 berjumlah RM13.5 bilion. 

“Disebabkan itu, jumlah keseluruhan pegangan asing melibatkan bon tempatan yang belum dijelaskan pada penghujung Jun pada paras 12.8 peratus. Kebanyakan aliran tunai asing iaitu 67.2 peratus telah berubah kepada MGS. 

“MGS asing pula meningkat kepada RM156.9 bilion, Jun lalu berbanding RM149.1 bilion pada Mei atau 37.3 peratus jumlah tunggakan berbanding 35.9 peratus pada Mei.

“Dasar monetari global yang berkembang di samping kadar inflasi Malaysia yang rendah telah mendorong permintaan asing. Walaupun prospek ekonomi dan penarafan Malaysia diturunkan oleh agensi antarabangsa baru-baru ini, pelabur asing terus meningkatkan bon tempatan ke portfolio mereka.

“Situasi ini tidak menghairankan memandangkan MGS 10 tahun menawarkan hasil tahunan nyata tertinggi berbanding negara-negara ASEAN,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN