Harga minyak sawit dijangka turun suku keempat - Utusan Malaysia

Harga minyak sawit dijangka turun suku keempat

Minyak dan produk sawit terus menerima permintaan tinggi di pasaran global di sebalik pelbagai kempen negatif dijalankan pihak tertentu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit dijangka menurun pada suku keempat berikutan pertumbuhan pengeluaran dan inventori menjadi lebih tinggi. 

Menurut laporan Reuters, penganalisis industri memberitahu, harga minyak sawit akan mengalami kemerosotan selepas mencapai paras kenaikan selepas mencatatkan harga tinggi dalam tempoh lima bulan pada minggu ini. 

Penanda aras kontrak minyak sawit telah meningkat 40 peratus pada 11 minggu terakhir, ditambah kebimbangan penawaran yang lebih ketat dari pengeluar utama Malaysia dan Indonesia menunjukkan tanda-tanda peningkatan permintaan.

Menurut Ketua Perunding LMC International, James Fry, pengeluaran telah beralih ke suku keempat akibat hujan lebat di Indonesia dan perlu persediaan yang lebih tinggi menjelang akhir tahun ini.

“Namun jika mengikut Brent, harga minyak sawit mentah semasa tidak dapat dipertahankan menjelang suku keempat ketika stok berada pada musim itu,” katanya.

Para penganalisis pula beranggapan, harga minyak sawit dikaitkan dengan pasaran minyak mentah kerana penggunaan komoditi yang semakin meningkat dalam membuat bahan bakar yang boleh diperbaharui. 

Harga minyak mentah yang tidak menentu sangat dipengaruhi oleh penurunan permintaan berikutan pandemik Covid-19.

James berkata, dia menjangkakan persediaan Malaysia akan menghampiri 2.9 juta tan menurun berbanding 3 juta tan sebelumnya berikutan kenaikan permintaan setelah kelonggaran sekatan kemasukan di beberapa buah negara.

Sementara itu, penganalisis, Dorab Mistry memberitahu, harga dapat dikekalkan jika harga minyak mentah meningkat naik walaupun dijangka harga akan menurun pada suku akhir tahun ini.

“Sekiranya minyak mentah Brent kekal sekitar AS$42 (RM178.82) setong dan pengeluaran sawit mengikuti tren musim biasa bagi suku keempat, maka harga sawit semasa terlalu tinggi dan perlu turun,” katanya. 

Minyak mentah Brent ditutup pada sekitar AS$43 (RM130) setong semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya