HONG KONG: Harga emas boleh melonjak ke paras tertinggi dengan rekod baharu kepada AS$2,000 (RM8493.80) minggu ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan peningkatan pasaran ekuiti.
Kenaikan kes jangkitan Covid-19 ditambah dengan ketegangan AS dan China memberi kesan buruk kepada dolar AS dan jangkaan bank pusat berterusan meredakan rangsangan ekonomi menyebabkan emas melonjak hampir 30 peratus pada kadar AS$1,981.27 (RM8,414.09) hari ini berbanding semalam, AS$1,928.83 (RM8,201.39).
Penganalisis Fat Prophets, David Lennox berkata, peningkatan momentum dalam penawaran dolar AS telah mendorong emas kian melonjak tinggi.
“Covid-19 telah melambatkan pemulihan ekonomi, mungkin ada lebih banyak tindakan perangsang yang akan dilakukan. Jelas sekali emas bertambah baik apabila dolar semakin lemah, tetapi dengan peningkatan penawaran wang AS, kerajaan akan menyalurkan wang bagi merangsang ekonomi.
Para penggubal undang-undang AS menaruh harapan supaya kerajaan dapat melaksanakan program rangsangan ekonomi baharu dengan pakej AS$3 trilion (RM12.7 trilion).
Pasaran Asia mencatatkan peningkatan pada tahap awal. Hong Kong dan Shanghai masing-masing meningkat 0.9 peratus, sementara Tokyo naik 0.3 peratus manakala Sydney naik 0.6 peratus. Seoul dan Taipei pula masing-masing naik lebih dari satu peratus dan di Singapura, Jakarta dan Wellington turut menunjukkan peningkatan.
Setakat ini, emas merekodkan peningkatan 1.4 peratus kepada AS$1,972.03 (RM8,374.60) seauns. – AFP