FGV Transport perkasa armada treler - Utusan Malaysia

FGV Transport perkasa armada treler

FGV Transport telah membeli 15 buah treler 45 kaki bagi memenuhi permintaan industri barangan pengguna cepat laris (FMCG).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, FGV Transport Sdn. Bhd. menambah asetnya dalam usaha memperkasa pendapatan syarikat dalam sektor logistik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, FGV Transport yang berpengalaman selama 45 tahun dalam industri perkhidmatan pengangkutan dan logistik berperanan penting dalam rangkaian rantaian bekalan FGV sebagai penghantar produk sawit terbesar negara dengan kekuatan kira-kira 500 treler dan 14 hab di seluruh negara. 

“Kami memberi tumpuan untuk melebarkan perniagaan logistik selaras dengan permintaan industri kepada penyedia perkhidmatan logistik yang efisien dan dipercayai. 

“Perkhidmatan kami bukan sahaja mengangkut daripada A ke B tetapi kami juga menawarkan pasukan yang profesional dan berpengalaman dalam bidang logistik serta pengurusan pengangkutan dilengkapi sistem penjejakan kenderaan moden,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebagai satu daripada usaha pemerkasaan treler, FGV Transport telah membeli 15 buah treler 45 kaki bagi memenuhi permintaan industri barangan pengguna cepat laris (FMCG). 

Kesemua treler akan diletakkan di depot FGV Transport di Shah Alam dan Pelabuhan Klang, Pasir Gudang dan Kuantan. 

Treler 45 kaki itu boleh digunakan untuk mengangkut 22 palet dengan kapasiti 20 hingga 40 tan metrik bergantung kepada jenis produk. 

Selain itu, FGV Transport juga telah membeli 15 buah lagi trak dumper bagi memenuhi syarat perniagaan logistik di kawasan pelabuhan dengan trak tersebut boleh mengangkut barangan antara 18 hingga 20 tan metrik. 

Bagi memenuhi mandat kerajaan, FGV telah menambah lima trak bagi mengangkut palm methyl esther (PME) atau biodiesel menjadikan sembilan buah trak dimiliki syarikat itu ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya