Emas terus melambung tinggi - Utusan Malaysia

Emas terus melambung tinggi

Emas cenderung mendapat keuntungan daripada rangsangan yang meluas kerana dianggap sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan penurunan nilai mata wang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga emas melonjak ke paras tertinggi pada hari ini ketika ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China memberi kesan buruk kepada dolar AS dan jangkaan bank pusat berterusan meredakan rangsangan ekonomi dalam permintaan ke atas logam berharga itu ketika penularan Covid-19. 

Menurut laporan Reuters, emas meningkat 1.5 peratus kepada AS$1,928.83 (RM8,201.39) satu auns pada setelah mencapai paras tertinggi  AS$1,933.30 (RM8,220.39). 

Emas AS akan meningkat 1.4 peratus kepada AS$1,924.20 (RM8,181.70).

Perak juga tidak ketinggalan apabila melonjak kepada 4.5 peratus ke paras tertinggi sejak September 2013 kepada AS$23.86 (RM101.45) satu auns.

Penganalisis ED&F Man Capital Markets, Edward Meir berkata, berikutan dolar AS mencatat penurunan, banyak dana masuk kepada emas ketika ini.  

“Jika keadaan pandemik Covid-19 bertambah buruk, pasaran memberikan lebih banyak rangsangan untuk jangka masa lebih lama dan dalam jumlah lebih besar bagi menaikkan emas,” katanya dalam laporan berkenaan. 

Dolar AS jatuh ke paras terendah hampir dua tahun berbanding mata wang utama kerana pergolakan antara Washington dan Beijing tidak menunjukkan tanda-tanda reda apabila kedua-dua pihak memerintah penutupan konsulat di Chengdu dan Houston.

Wabak Covid-19 juga dilihat semakin memburuk, dengan lebih daripada 16.13 juta kes di seluruh dunia dan 644,836 kematian, mendorong lebih banyak rangsangan di peringkat global bagi pemulihan ekonomi.

Emas cenderung mendapat keuntungan daripada rangsangan yang meluas kerana dianggap sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan penurunan nilai mata wang.

White House dan Senator Republikan telah mencapai kesepakatan dalam mengagihkan bantuan Covid-19, kata sumber di White House pada Ahad. 

Jualan rekod emas dilihat peningkatan momentum yang lebih tinggi dalam pembelian teknikal dan berhenti pada kerugian, kata penganalisis pasaran kanan di OANDA, Jeffrey Halley.

Ujarnya, kenaikan AS$2,000 (RM8,504) satu auns akan berlaku lebih cepat daripada pergerakan daripada AS$1,800 R(M7653.60) kepada AS$1,920 (RM8,163.84).

Platinum juga meningkat 1.4 peratus kepada AS $ 926.58 (RM3,939.82) manakala paladium naik 0.5 peratus kepada AS$ 2230.16 (RM9,482.64).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya