Dasar gaji minimum, ‘jalan sehala’ - Utusan Malaysia

Dasar gaji minimum, ‘jalan sehala’

Pengalisis ekonomi meramalkan angka muflis akan meningkat empat hingga lima peratus tahun ini berbanding tahun lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Komitmen menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM2,208 berbanding RM980 sebelum ini dianggap sebagai langkah berani kerajaan sekali gus menyaksikan lebih 400,000 isi rumah di negara ini didapati berada pada paras kemiskinan. Wartawan Utusan Malaysia, ZUNAIDAH ZAINON mendapatkan pan­dangan Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), FIRDAOS ROSLI (gambar) yang kini sedang melanjutkan pe­ngajian di London School of Economics and Political Science (LSE) mengenai tumpuan yang harus diberikan kerajaan bagi memastikan golongan sasar terus mendapat manfaat.

Bank Dunia menjangkakan Malaysia boleh mencapai negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi, adakah ini bermakna Malaysia akan menjadi negara maju tetapi rakyat masih dibelenggu kemiskinan?
Kemiskinan adalah satu fenomena subjektif. Semakin besar ekonomi sesebuah negara, semakin tinggi aspek kemiskinan relatif diketengahkan kerana kemiskinan bukan lagi disebabkan ketidakupayaan pendapatan individu atau isi rumah menampung keperluan asas seperti makanan, sewa atau pakaian tetapi lebih kepada kehendak sesebuah ekonomi.
Inilah sebabnya isu kemiskinan relatif timbul dan bertukar kepada isu ‘kekurangan’, contohnya kemiskinan bandar dan kemiskinan situasi. Ia selalu dikaitkan dengan isu agihan sama ada dari aspek pendapatan dan kekayaan yang dikenali sebagai isu ketidaksamarataan.
Ini akan menjadi semakin rumit kerana walaupun ini adalah isu ekonomi, ia berpaut kepada dimensi sosial dan politik. Isu kemiskinan tidak akan terhapus sama sekali walaupun Malaysia terus maju sebagai negara berpendapatan tinggi. Sekurang-kurangnya, statistik kemiskinan perlu diteliti se­mula sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.

Bagaiman dengan masalah kemiskinan bandar?
Isu kemiskinan relatif akan menjadi lebih ketara apabila ekonomi negara berkembang. Oleh itu, dasar yang ketengahkan nilai-nilai universal amat perlu kerana penyertaan individu dan isi rumah di dalam ekonomi ialah untuk mendapatkan kehidupan yang baik sejajar pertumbuhan ekonomi. Jika tidak, kestabilan politik, sosial dan ekonomi akan terjejas dan membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Laporan pengiraan metodologi 2019 menunjukkan, jurang pendapatan mengikut negeri semakin melebar de­ngan Kuala Lumpur merekodkan pendapatan purata tertinggi, apakah langkah bersesuaian menangani perkara ini?
Secara umumnya, ini bermakna pembangunan ekonomi negara tidak sekata. Ini berlaku di seluruh dunia termasuk dalam kalangan negara maju. Malah, ini bukanlah isu yang boleh ditangani secara jangka masa pendek. Saya berpendapat satu idea ekonomi jangka panjang adalah perlu untuk merapatkan jurang tersebut, sekiranya ini adalah antara cabaran ekonomi yang ingin diambil oleh pemimpin negara. Adalah lebih teratur jikalau pemimpin negara memperincikan idea pembangunan ekonomi negara.

Bagaimana pula dasar gaji minimum?
Dasar gaji minimum adalah untuk memastikan buruh mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Ia tidak harus digunakan bagi membasmi kemiskinan.
Kerajaan perlu berhati-hati dengan dasar gaji minimum kerana ia adalah dasar ‘jalan sehala’. Dalam kata lain, sekali gaji minimum naik, ia tidak boleh turun.

Walaupun data pendapatan isi rumah menunjukkan pe­ningkatan tetapi perbelanjaan isi rumah juga makin meningkat kepada RM4,534. Adakah rakyat Malaysia hanya mampu bertahan untuk kehidupan ha­rian tanpa ada simpanan?
Dari aspek makro, semakin besar ekonomi negara, sema­kin tinggi keperluan membuka ekonomi negara ke serata dunia. Jika tidak, pengguna di Malaysia tidak akan dapat mengambil peluang daripada kelebihan ekonomi negara-negara lain.
Kita perlu memperincikan lagi ideologi jangka panjang ekonomi negara, sama ada mampu bertahan untuk membangun de­ngan dasar tunjang sedia ada atau tidak. Ini bukan perkara yang boleh ditangani pakar ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya