Covid-19 jejas kemajuan ekonomi wanita - IMF - Utusan Malaysia

Covid-19 jejas kemajuan ekonomi wanita – IMF

IMF menegaskan langkah yang drastik perlu diambil bagi mengatasi kesan buruk terhadap wanita. - GAMBAR - CRISTINA VEGA/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pandemik Covid-19 boleh menjejaskan perkembangan kemajuan yang dilakukan oleh wanita sejak tiga dekad lalu dalam merapatkan jurang ekonomi dengan golongan lelaki, lapor Tabung Kewangan Dunia (IMF), semalam. 

Mengikut pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), krisis kesihatan menyebabkan pengurangan 4.9 peratus wanita lebih ramai bekerja dalam sektor yang terjejas antaranya industri perkhidmatan, runcit dan hotel. 

Kira-kira 54 peratus wanita di Amerika Syarikat (AS) bekerja di pelbagai sektor tidak dapat bekerja dalam sektor telekomunikasi manakala 67 peratus wanita di Brazil pula tidak dapat bekerja dari jauh. 

IMF melaporkan, wanita cenderung melakukan kerja rumah tangga yang tidak dibayar sekitar 2.7 jam seminggu. 

“Pada dasarnya, mereka memikul tanggungjawab keluarga,” katanya. 

IMF menegaskan langkah yang drastik perlu diambil bagi mengatasi kesan buruk terhadap wanita. 

Pemberi pinjaman krisis yang berpusat di Washington memuji Gabungan Amerika Latin untuk memperkasakan wanita pada April lalu sebagaimana menyahut seruan Naib Presiden Colombia, Costa Rica dan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Amerika Latin dan Caribbean (ECLAC).

IMF juga memuji langkah-langkah yang dilaksanakan di Austria, Itali, Portugal dan Slovenia dengan memberikan cuti bergaji kepada ibu bapa yang mempunyai anak mengikut umur tertentu dan inisiatif Perancis memberikan cuti kepada ibu bapa yang terjejas akibat penutupan sekolah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya