Bursa Malaysia cecah paras tertinggi tahun ini - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia cecah paras tertinggi tahun ini

BURSA Malaysia Derivatives mencatat rekod dagangan tertinggi tahun lalu, sebahagian besar disumbang oleh institusi asing. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi tahun ini selepas melepasi paras rintangan 1,610 berikutan pembelian pada saat akhir hari ini.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.48 mata atau 0.09 peratus kepada 1,611.42 daripada 1,609.94 ketika ditutup Selasa.

Sebelum ini, paras tertinggi pada tahun ini dicatatkan pada 3 Jan 2020 apabila petunjuk pasaran ditutup kepada 1,611.38.

Pada pembukaan hari ini, indeks utama menokok 0.19 mata kepada 1,610.13 dan berlegar antara 1,589.98 dan 1,618.01 sepanjang hari ini.

Menurut laporan Bernama, suasana pasaran bagaimanapun kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 685 kepada 398, manakala 411 kaunter tidak berubah, 503 tidak diniagakan dan 56 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 10.53 bilion unit bernilai RM6.95 bilion daripada 11.85 bilion unit bernilai RM7.24 bilion pada Selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya