AmBank BizRace fokus 1R 4.0, digitalisasi, halal kepada PKS - Utusan Malaysia

AmBank BizRace fokus 1R 4.0, digitalisasi, halal kepada PKS

Sulaiman Mohd. Tahir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Ambank sedia membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memfokus tiga bidang pengetahuan, penggunaan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), digitalisasi perniagaan dan perniagaan halal menerusi AmBank BizRace Musim Ketiga bertemakan ‘The Big Reset: Revive Your Business’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, Siri BizConference tahun ini memberi peluang kepada PKS untuk menerima bimbingan, mendapatkan pelbagai insentif pemberian dan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan dalam bidang IR 4.0, digitalisasi dan sektor halal bagi menghidupkan kembali perniagaan mereka. 

Siri kali ini menawarkan pelbagai ganjaran bernilai lebih RM2 juta untuk dimenangi menggunakan pendekatan digital bagi menjaga pergerakan jarak sosial dengan menerusi  sembilan sesi dalam talian secara percuma melibatkan perkongsian pengetahuan.

“Sebanyak 100 PKS daripada hampir 1,000 yang mendaftar telah dipilih setiap tahun untuk menjadi sebahagian daripada program ini bermula hari ini hingga 2 September.

“Kumpulan AmBank secara berterusan dan konsisten dalam memberi pelbagai bantuan dan inisiatif kepada PKS bagi memajukan semula perniagaan mereka memahami PKS mengalami kesukaran berikutan pandemik Covid-19,” katanya dalam pelancaran secara maya BizConference dan AmBank BizRace 3 di sini hari ini .

AmBank BizRace adalah satu cabaran keusahawanan bertujuan menyediakan PKS dengan akses kepada sesi perkongsian pengetahuan yang berharga dan latihan pembangunan merangkumi bidang pembangunan kepemimpinan, peningkatan dalam model perniagaan serta sistem dan struktur, selain transformasi budaya. 

Program ini mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Negara (Jakim) termasuk rakan penaja rasmi Microsoft Malaysia; Maxis, Bosch Rexroth dan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan Ambank Group, Christopher Yap berkata, perubahan program pada tahun ini melalui kerjasama dengan rakan strategik menerusi tiga bidang utama iaitu IR 40, digitalisasi dan perniagaan halal dapat memberi manfaat kepada PKS dalam menyesuaikan, menghidupkan dan mengubah perniagaan dalam tempoh mencabar ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya