1MDB: Kerajaan, wakil Goldman Sachs adakan perbincangan - Utusan Malaysia

1MDB: Kerajaan, wakil Goldman Sachs adakan perbincangan

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perwakilan kanan Goldman Sachs Group Inc. telah terbang ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). 

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut berharap perbincangan itu akan membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat sekali gus memulangkan kembali aset 1MDB kepada Malaysia. 

Pada masa sama, Tengku Zafrul juga menegaskan proses mendapatkan semula aset 1MDB secara berkesan tetap menjadi keutamaan kerajaan. 

“Dalam usaha menzahirkan objektif tersebut, kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi. 

“Kerajaan juga sedang mengadakan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Goldman Sachs diketuai oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Apa yang lebih penting, kata Tengku Zafrul, kerajaan terus berusaha dengan mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat Malaysia. 

Sabtu lalu, akhbar Straits Times Singapura melaporkan enam pegawai kanan eksekutif dan undang-undang Goldman Sachs telah hadir ke Malaysia bagi menyelesaikan proses fasa akhir pemulangan aset skandal 1MDB. 

Laporan itu turut menyatakan pasukan enam pegawai kanan itu akan bertemu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai pasukan pemulihan. 

Pada 9 Julai lalu, Tengku Zafrul dalam wawancara bersama Financial Times mengulangi komitmen kerajaan dalam mencapai kata putus dengan Goldman Sachs membabitkan scandal 1MDB meskipun berdepan cabaran ekonomi susulan Covid-19. 

Dalam laporan berita Financial Times itu, Tengku Zafrul tidak memberikan sasaran tepat jumlah pemulangan aset tetapi berkata jumlah itu adalah diantara AS$2 bilion (RM8.53 bilion) dan AS$7.5 bilion (RM31.97 bilion). 

“Kami akan terus berhubung (Goldman) ia akan berhenti bila kami mendapat nombor (jumlah) yang betul,” katanya dalam wawancara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya