Kilang Makan tawar siakap bakar RM10 malam ini

Kilang Makan tawar siakap bakar RM10 malam ini

HAILHESFA Mohd. Merry menunjukkan ikap siakap yang akan dijual pada harga RM10 di Kilang Makan, Jalan Tun Ali, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kilang Makan di Jalan Tun Ali di sini menyahut inisiatif Set Kombo Menu RM10 sempena program Melaka Bila Larut Malam dengan menawarkan ikan siakap bakar berharga RM10 seekor, malam ini.

Pengusaha, Hailhesfa Mohd. Merry berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 100 ekor ikan yang mula dijual pukul 6 petang hingga 11 malam.

Menurutnya, setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli seekor ikan sahaja dan digalakkan hadir awal untuk membuat tempahan.

“Ini adalah usaha saya serta peniaga lain memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di Kilang Makan.

“Saya jual siakap bakar seekor dengan harga RM10, memang tidak menguntungkan tetapi usaha ini adalah untuk membantu kerajaan negeri menghangatkan lagi TMM 2024 serta menarik lebih ramai pengunjung datang ke Melaka.

“Ikan yang ditawarkan dengan harga murah itu hanyalah untuk makan di Kilang Makan dan bukannya untuk dibungkus atau dibawa balik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Hailhesfa, jika mendapat sambutan mengalakkan, pihaknya bercadang untuk menambah jumlah ikan pada bulan depan.

Ujarnya, selain itu sebanyak 17 daripada 21 gerai yang terdapat di Kilang Makan turut menawarkan Set Kombo Menu RM10.

“Penyanyi lagu Senandung Anak Melaka, Yasser Fikri Abu yang mempunyai gerai menjual sate turut menawarkan 10 cucuk sate berharga RM10,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya