Pusat rekreasi Kemensah dibuka, pengusaha akui ada kerisauan - Utusan Malaysia

Pusat rekreasi Kemensah dibuka, pengusaha akui ada kerisauan

PENGUSAHA rekreasi Kemensah, Kem Isi Rimba, Heart Abdul Manan hanya menerima pengunjung yang sudah membuat tempahan sahaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pengusaha pusat rekreasi Kemensah tidak menafikan wujudnya rasa kerisauan dalam diri masing-masing meskipun syarat prosedur operasi standard (SOP) mewajibkan dua dos vaksinasi lengkap selepas 14 hari.

Selaku wakil pengusaha Chalet Paktam, Yus, 41, berkata, majoriti pengusaha rekreasi baru sahaja mula beroperasi sejak dua minggu lalu.

“Tipu kalau saya kata kami tiada rasa risau. Tapi kami (kru) dan pengunjung mestilah patuh  syarat SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang antaranya wajib lengkap dua dos vaksinasi selepas 14 hari.

“Hal itu, termasuklah sama ada pengunjung yang sudah membuat tempahan atau daftar secara walk-in, mesti menunjukkan sijil vaksinasi menerusi WhatsApp atau ketika hadir di kaunter pendaftaran.

“Di sini kami mempunyai penyampai radio yang akan selalu memantau keadaan dan memberi peringatan kepada pengunjung supaya senantiasa peka pada SOP,” jelasnya Paktam menyediakan lapan pondok dan chalet.

Sementara itu, pengusaha Kem Isi Rimba, Heart Abdul Manan memberitahu, hanya akan mengambil tempahan sahaja.

“Sejujurnya saya rasa gemuruh sedikit bila sudah beroperasi dalam dua minggu ini agak sibuk dengan pengurusan.

“Cara kami pula, ketika tempahan dibuat, kami akan bertanya tentang status vaksinasi dan apabila sampai di sini mereka wajib tunjukkan sijil vaksinasi.

“Kalau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua, kami memang tidak akan terima  tempahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi pengunjung luar kawasan Ampang, Hazzy Alzeeq, 21, berkata, pengunjung perlu rancang masa dengan sebaik-baiknya.

“Saya selalu ke sini dan kalau bukan hari minggu, waktu petang memang sesak dengan kenderaan keluar masuk. Tambah pula jalan sempit, pemandu juga dinasihatkan berhati-hati.

“Jadi tempah dan datang awal untuk elak dari kesesakan lalu lintas,” jelasnya tegas dan berpesan kepada pengunjung untuk tetap patuh SOP.

Seorang lagi pengunjung, Yus Imran, 30, tidak menafikan apabila rekreasi sudah dibenarkan, ramai yang tertumpu untuk merehatkan minda dengan aktiviti sungai.

“Saya tiba selepas maghrib, laluan Alhamdulillah sudah lengang. Mungkin ramai yang sudah balik dan tidak bermalam di sini.

“Saya pun bimbang juga kalau-kalau padat, lengkap 14 hari kita tetap kena berjaga-jaga. Insya-Allah selagi patuh saranan kerajaan dan pengusaha, Insya-Allah tiada apa-apa,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya