PRN: Poster boy, BN Kelantan tidak mahu dahului kuasa Sultan

PRN: Poster boy, BN Kelantan tidak mahu dahului kuasa Sultan

MD. Alwi Che Ahmad semasa sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak mahu mendahului kuasa Sultan dengan meletakan mana-mana calonnya yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) sebagai ‘poster boy’ untuk diangkat menjadi menteri besar jika diberi mandat selepas 12 Ogos ini.

Setiausahanya Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, hal ini Sultan mempunyai kuasa mutlak memilih pemimpin daripada mana-mana parti politik untuk diangkat sebagai menteri besar.

“Sebelum ini pernah berlaku beberapa peristiwa apabila parti-parti politik meletakkan ‘poster boy’ dan kemudian individu lain diangkat sebagai menteri besar atau ketua menteri. Jadi…kenapa kita nak mendahului kuasa mutlak tuanku Sultan.

“Di sebelah UMNO, kita berpendapat lebih elok kita angkat semua nama sama ada 23 atau 24. Biar tuanku sendiri memilih yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu memberitahu, beliau percaya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mempunyai pembacaan dan penilaian baginda sendiri untuk memilih pemimpin yang sesuai sebagai menteri besar.

Katanya, malah Pas sendiri yang sudah 33 tahun memerintah negeri ini juga tidak menganggap Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebagai ‘poster boy’ apabila ada sosok pemimpin lain dari parti itu yang lebih terkehadapan dalam siri kempen PRN.

“Sepatutnya Pas letak menteri besar sebagai ‘poster boy’ tetapi apa yang dapat dilihat Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih terkehadapan sekarang ini.

“Jadi Pas pun tidak berani meletakkan ‘poster boy’ dalam siri kempen PRN kali ini. Pada saya kita serah kepada tuanku kerana sudah pasti baginda tahu pemimpin mana yang sesuai diangkat dan menghadap baginda setiap minggu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya