MOM akur Kemboja gugurkan acara bina badan

MOM akur Kemboja gugurkan acara bina badan

Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akur dengan keputusan Kemboja yang menggugurkan acara bina badan di saat-saat akhir pada temasya Sukan SEA edisi ke-32 yang akan membuka tirainya Mei ini.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib berkata, mustahil untuk melihat sukan itu kembali dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja meskipun rayuan dibuat kepada pihak penganjur.

“Dalam jangka masa yang pendek ini, sukar untuk kita rayu untuk adakan apa-apa perubahan termasuklah untuk kita minta teruskan acara bina badan. Antara alasan yang mereka berikan ialah tidak mahu sukan bina badan menjejaskan Sukan SEA Kemboja.

“Bagaimanapun, tuan rumah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu.Untuk MOM, kita masih meneliti isu ini dan akan lihat sekiranya ada ruang dalam jangka masa yang pendek ini. Tetapi apa yang saya boleh katakan ia bukan mudah.

“Mungkin mereka ada isu yang tersendiri yang kita juga tidak tahu seperti isu tempat pertandingan dan sebagainya. Sebab kita juga tahu Kemboja adalah penganjur baru jadi kita memahami isu-isu sebegini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya