Covid-19: Pengusaha kedai makan di Perlis diwajibkan pakai pelitup muka

Covid-19: Pengusaha kedai makan di Perlis diwajibkan pakai pelitup muka

Peniaga makanan
KERAJAAN Perlis mewajibkan setiap pengusaha, penyelia, pekerja dan pengendali kedai makanan atau minuman di negeri ini memakai pelitup muka sewaktu menjalankan operasi perniagaan mereka.-UTUSAN/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mewajibkan setiap pengusaha, penyelia, pekerja dan pengendali kedai makanan atau minuman di negeri ini memakai pelitup muka sewaktu menjalankan operasi perniagaan mereka.

Langkah tersebut merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menggelakkan penularan wabak Covid-19 di Perlis.

Kerajaan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu juga diambil berikutan terdapat pelancong asing dari negara China dikenal pasti telah membawa varian baharu wabak berkenaan dan dikesan sudah berada di Malaysia.

“Kerajaan negeri amat prihatin terhadap situasi rakyat yang berhadapan dengan kesusahan dan cabaran ketika penularan wabak ini dahulu. 

“Berikutan itu, kerajaan negeri amat berharap kita semua sentiasa peka serta dalam keadaan berjaga-jaga dan berhati-hati supaya wabak ini tidak menular terutama di Perlis,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Perlis turut menggalakkan orang ramai agar dapat memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau sesak.

Menurut kenyataan itu, orang awam turut dinasihatkan sentiasa mencuci tangan dengan bersih atau mengamalkan kembali penggunaan cecair pembasmi kuman ketika atau selepas berurusan di tempat awam.

“Kerajaan negeri melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk kita bersama-sama mengambil panduan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang baharu ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya