Covid-19: Kes positif meningkat sedikit, Selangor kembali tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif meningkat sedikit, Selangor kembali tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,356 kes berbanding kelmarin, 2,340 kes sekali gus diatasi 1,875 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 775 kes diikuti Kuala Lumpur (479),  Sabah (227), Perak (175), Negeri Sembilan (127) dan Pinang Pinang (104). Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Melaka (97), Johor (86), Sarawak (62), Pahang (59), Kelantan (49), Kedah (42),  Terengganu (28), Putrajaya (25), Labuan (11) dan Perlis, 10 kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 375 orang berbanding kelmarin, 401 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 74 kes berbanding jumlah kelmarin, 69 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 42 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 26 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,068 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,225 kes. Tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,699 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya