Covid-19: Kes positif kembali bawah 2,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif kembali bawah 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,977 kes berbanding kelmarin, 2,375 kes sekali gus mengatasi 2,018 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 492 kes diikuti Kuala Lumpur (405), Sabah (187), Perak (175),  Sarawak (115) dan Pulau Pinang (100). Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Negeri Sembilan (84), Melaka (83), Kelantan (76), Johor (61), Kedah (57). Pahang (47), Terengganu (40). Putrajaya (36) dan Perlis (17).

Hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, dua kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 405 orang berbanding kelmarin, 402 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 60 kes berbanding jumlah kelmarin, 53 kes. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 41 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 20 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,076 kluster. Satu kluster melibatkan Kumpulan Berisiko Tinggi iaitu Kluster Jalan Guar Nangka di Kangar, Perlis dengan sembilan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,305 kes. Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,715 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya