Covid-19: Kes positif kekal bawah 2,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif kekal bawah 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,847 kes berbanding kelmarin, 1,483 kes sekali gus diatasi 2,148 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 598 kes diikuti Kuala Lumpur (340), Sabah (135), Perak (122) dan Kelantan (107).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kedah (88), Johor (80), Negeri Sembilan (75), Sarawak (67), Pinang Pinang (63), Melaka (48), Pahang (47), Terengganu (32), Putrajaya (22) dan Perlis (16). Hanya Labuan mencatatkan kes satu angka iaitu tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 370 orang berbanding kelmarin, 373 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 67 kes berbanding jumlah kelmarin, 68 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 45 kes berbanding jumlah kelmarin, 48 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 21 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,073 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,285 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,711 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya