Covid-19: 1,667 kes positif; Selangor, KL catat lebih 300 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: 1,667 kes positif; Selangor, KL catat lebih 300 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,667 kes berbanding kelmarin, 1,307 kes sekali gus diatasi 2,028 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 358 kes diikuti Kuala Lumpur (319), Perak (170), Sabah (158), Sarawak (132) dan Kedah (109). Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu  Kelantan (79), Pulau Pinang (77), Melaka (57), Negeri Sembilan (52), Johor (51), Pahang (37), Terengganu (33) dan Putrajaya (26).

Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, tujuh kes dan Labuan, dua kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 377 orang berbanding kelmarin, 305 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 59 kes berbanding jumlah kelmarin, 55 kes. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 37 kes berbanding jumlah kelmarin, 36 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 17 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,078 kluster. Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tujuh kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,324 kes.

Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,721 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya