Covid-19: Kes positif meningkat, majoriti negeri catat kes tiga angka - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif meningkat, majoriti negeri catat kes tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,722 kes berbanding kelmarin, 2,078 kes sekali gus diatasi 4,856 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 879 kes diikuti Kuala Lumpur (434), Sabah (214), Perak (165), Sarawak (161), Negeri Sembilan (141), Johor (107), Melaka (105), Kedah (103), Kelantan (102) dan Pinang Pinang (101). Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pahang (76), Terengganu (61), Putrajaya (57),  Perlis (13) dan Labuan, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 438 orang berbanding kelmarin, 409 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 68 kes berbanding jumlah kelmarin, 69 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 41 kes berbanding jumlah kelmarin, 39 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 36 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 11 kes berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,166 kes. Tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,684 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya