PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,491 kes berbanding kelmarin, 3,118 kes sekali gus diatasi 3,715 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 656 kes diikuti Kuala Lumpur (507), Sabah (234), Perak (211), Negeri Sembilan (157) dan Sarawak (115), Melaka (109) dan Pinang Pinang (100). Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pahang (80), Kedah (78), Johor (71), Putrajaya (61), Kelantan (57), Terengganu (40), Labuan (10) dan Perlis, lima kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 404 orang berbanding kelmarin, 450 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 72 kes berbanding jumlah kelmarin, 75 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 49 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 31 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,196 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,694 kes. – UTUSAN