Covid-19: 8 kematian, 4 BID dilapor semalam - Utusan Malaysia

Covid-19: 8 kematian, 4 BID dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk empat kes melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID).

Menurut laman Covid Now, sejumlah 4,413 kes Covid-19 direkodkan termasuk enam kes import, menjadikan keseluruhan kes aktif setakat semalam adalah 47,534 kes.

Daripada jumlah tersebut, 45,928 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 23 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, sebanyak 1,531 atau 3.2 peratus lagi dirawat di hospital dengan 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negara dalam masa sama turut mencatatkan 3,394 kes sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 4,613,676 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya