Kes Covid-19, ILI meningkat: KPM sedia aktifkan pelan, SOP kesihatan  - Utusan Malaysia

Kes Covid-19, ILI meningkat: KPM sedia aktifkan pelan, SOP kesihatan 

RADZI Jidin bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Majlis Pelancaran Malaysia Little League 2022 di Stadium Mini Pancarona Presint 18 di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia bila-bila masa untuk mengaktifkan pelan kontigensi kesihatan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan penularan Penyakit Seperti Influenza (ILI) ketika ini. 

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebelum pelan itu dilaksanakan, ia perlu mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu. 

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berbincang dengan KKM berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 dan penularan ILI khususnya membabitkan murid di sekolah. 

Jelas beliau, dalam tempoh dua tahun lalu, banyak perkara yang kita pelajari dan apa yang paling penting adalah kita mematuhi setiap protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM. 

“Kita sentiasa bincang dan melihat apakah perkara atau pendekatan yang perlu dilaksanakan.

“Insya-Allah perbincangan ni tetap kita lakukan sentiasa walaupun dalam keadaan influenza dan covid yang sedikit meningkat ini bagi memastikan sesi persekolahan dalam keadaan selamat dan teratur,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Liga Tunas Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, KKM bersiap siaga untuk menambah keperluan kemudahan katil di hospital susulan peningkatan kes Covid-19 dan ILI. 

Difahamkan, berlaku kesesakan di beberapa hospital susulan peningkatan pesakit terutama kes influenza yang mengakibatkan kekurangan katil. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya