Kes aktif Covid-19 lebih 40,000 kes - Utusan Malaysia

Kes aktif Covid-19 lebih 40,000 kes

PESAKIT Covid-19 yang diwadkan seramai 628 orang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 3,080 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 42,185 kes.

Menurut laman Covid Now, daripada jumlah tersebut, 40,622 individu atau 96.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 34 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 1,472 atau 3.5 peratus lagi dirawat di hospital dengan 57 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,399 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,548,014 kes. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya