PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,720 kes berbanding kelmarin, 4,816 kes sekali gus diatasi 4,012 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 989 kes diikuti Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Melaka (131), Johor (111), Kedah (101) dan Putrajaya (55). Ini diikuti Kelantan (49), Sarawak (41), Terengganu (24), Pahang (38), Perlis (6) dan Labuan, lima kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 557 orang berbanding kelmarin, 574 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 54 kes berbanding jumlah semalam, 49 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 32 kes berbanding jumlah kelmarin, 28 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 16 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,031 kluster.
Satu kluster yang direkodkan iaitu Kluster Batu 4 Kuala Rui 2 melibatkan Kluster Pendidikan di Hulu Perak, Perak dengan empat kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,914 kes. Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,625 kes. – UTUSAN