Covid-19: Kuala Lumpur tertinggi, catat lebih 1,000 kes positif - Utusan Malaysia

Covid-19: Kuala Lumpur tertinggi, catat lebih 1,000 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,880 kes berbanding kelmarin, 4,587 kes sekali gus mengatasi 2,607 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,283 kes diikuti Selangor (857), Perak (326), Negeri Sembilan (252), Sabah (242), Pulau Pinang (201), Melaka (137), Johor (132) dan Kedah (115).

Sementara negeri yang mencatatkan kes dua angka ialah Putrajaya (82), Kelantan (69), Pahang (61) dan Sarawak (52), diikuti Terengganu (35), Labuan (29) dan Perlis, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 568 orang berbanding kelmarin, 565 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 50 kes berbanding jumlah semalam, 63 kes.

Bagaimanapun jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 28 kes berbanding jumlah kelmarin, 32 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 15 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,030 kluster.

Satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ss 19/3 melibatkan kategori Kumpulan Berisiko Tinggi Petaling, Selangor dengan 17 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan 14 kematian Covid-19 berbanding kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,902 kes.

Tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,622 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya