PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan semula penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,345 kes berbanding kelmarin, 2,417 kes sekali gus diatasi 2,384 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 707 kes diikuti Selangor (650), Perak (172), Sabah (177), Negeri Sembilan (122), Pulau Pinang (97), Putrajaya (86), Johor (83) dan Melaka (61).
Ini diikuti Sarawak (49), Kedah (46), Pahang (45), Kelantan (25), Terengganu (18), Labuan (4) dan Perlis, tiga kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 495 orang berbanding kelmarin, 404 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 52 kes berbanding jumlah semalam, 48 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 31 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 12 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,819 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,591 kes. – UTUSAN