Covid-19: Kes positif lebih 5,000 biarpun menurun - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif lebih 5,000 biarpun menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 5,047 kes berbanding kelmarin, 5,230 kes sekali gus mengatasi 3,770 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,925 kes diikuti Kuala Lumpur (1,365), Perak (306), Negeri Sembilan (276), Sabah (274), Pulau Pinang (265), Melaka (128), Putrajaya (116), Kedah (113), Sarawak (74), Johor (73),  Pahang (56).

Ini diikuti Kelantan (37), Terengganu (22), Perlis (9) dan Labuan, lapan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 627 orang berbanding kelmarin, 608 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 60 kes berbanding jumlah semalam, 64 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 34 kes berbanding jumlah kelmarin, 44 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 12 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan empt kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,848 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,602 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya