PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,587 kes berbanding kelmarin, 5,685 kes sekali gus mengatasi 2,652 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,408 kes diikuti Selangor (1,399), Perak (360), Negeri Sembilan (285), Sabah (267), Pulau Pinang (237), Johor (130), Kedah (109), Melaka (100), Putrajaya (65), Sarawak (64) dan Kelantan (57).
Ini diikuti Pahang (41), Terengganu (35), Labuan (17) dan Perlis, 13 kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 565 orang berbanding kelmarin, 598 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 63 kes berbanding jumlah semalam, 56 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 32 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,029 kluster.
Satu kluster baharu melibatkan Kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Yahya di Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan 20 kes. Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan 10 kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,888 kes.
Lima kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,619 kes. – UTUSAN